scrolling text

Selamat datang ke blog HackingSoftware41. Selamat membaca. Jangan lupa lawati www.jomgegar.com jumpa anda disana

ads

loading...

Friday, July 26, 2013

[inFo] 09 Kaedah yang digunakan oleh hackers untuk hack Facebook / 09 Method in facebook hacking by hackers

JANGAN DISALAHGUNAKAN, KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SESUATU YANG BERLAKU, SEKADAR UNTUK BERKONGSI SAHAJA

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian, hye lama tak jumpa kan? haha berdasarkan analisis yang aku buat sebelum ni, aku dapati ramai yang berminat dalam kegiatan hack facebook. Banyak kaedah-kaedah yang membolehkan kita hack facebook. Tapi ingat, bukan senang nak hack facebook. Bukan sekadar klik je. Untuk hack facebook korang kena ada :-

                                                     1- Kaedah yang berkesan (banyak)
                                                     2- Kesabaran
                                                     3- Sedikit pemikiran yang pintar dan putar belit
                                                     4- Berjaga malam sambil dengar lagu Headbanging macam aku.



Pelbagai kaedah yang boleh kita gunakan untuk hack facebook ni k. Aku akan bgtau sikit-sikit la yang aku tau tentang hack facebook ni. Aku pon tak berapa pandai dalam hacking ni, aku pon noob lagi dalam dunia siber ni. Masih perlu bantuan orang lain untuk belajar, yang pastinya pakcik Google adalah cikgu yang tak pernah mengalah mengajar muridnya. :- 

09 Kaedah yang membolehkan hackers merampas akaun facebook adalah seperti yang kat bawah ni.Lets Go

1. Phishing / Laman facebook palsu
Kaedah pishing ni dah lama popular beberapa tahun sebelum ni, malah ramai manusia sejagat sudah tahu trick yang digunakan dalam facebook pishing ni. Hackers akan membuat laman Log In facebook palsu dan akan mengirimnya kepada mangsa berdasarkan beberapa kaedah tipu muslihat yang agak cerdik, kesannya mangsa akan tertipu dan akan klik link yang mangsa dapat dari hackers. Apabila mangsa dah klik dan log in menggunakan link yang hackers kasi tu, maka segala username dan password akan disimpan didalam php yang terkandung dalam laman palsu tu, seterusnya hackers akan memuat turun dan terus akses facebook mangsa. Hackers akan mengemaskini (update status) mangsa sesuka hati.


2. Keylogging / log kekunci
Keylogger yang terdapat dalam pasaran hot sekarang adalah berperanan untuk menyimpan segala log yang terdapat dalam komputer atau pc atau laptop seseorang mangsa. Bagaimana mangsa boleh terkena keylogging ni? haha caranya mudah sahaja, situasi nya sama juga seperti pishing method. Hackers akan menghantar link yang mengandungi keylogger tanpa mangsa sedari. Kebanyakan link-link ni digenerate oleh spammer dan banyak lagi, yang penting link tersebut akan mangsa klik. Apabila sesebuah pc ni dah terkena keylogging, segala key akan dihantar kepada hackers. Seterusnya hackers akan mengakses segala akaun yang terdapat dalam log.txt yang dihantar ke hackers. Macam gambar kat bawah ni.


3. Stealer
Stealer seperti iStealer pula berperanan mencuri kata laluan dan id yang terkandung dalam pelayar-pelayar yang terdapat dalam sesebuah laptop atau pc. Stealer akan simpan segala id dan kata laluan yang terdapat dalam pelayar tanpa mengira apa jenis akaun termasuklah maybank2u, facebook, gmail, yahoo dan etc. Hackers akan menjadikan Stealer ni dalam keadaan FUD( Full Un-Detect) untuk memudahkan ianiya dapat bypass anti-virus dengan mudah. Tak kira apa jenis anti-virus yang dipakai oleh laptop mangsa.



4. Cookies
Kebanyakan manusia sejagat tidak mengambil endah cookies yang terdapat dalam laptop masing-masing. Cookies amatlah berguna kepada hackers atau manusia yang bermatlamat hitam untuk merampas akaun anda. Hackers akan menggunakan cookies ini sebagai tool. Kebanyakan ianya active dalam LAN (Local Area Network) Cookies yang telah digunakan oleh mangsa akan disimpam re-use oleh hackers untuk mengesahkan hackers tersebut adalah pemilik akaun tersebut. 



5. Sidejacking dengan firesheep
Firesheep digunakan secara meluas untuk melancarkan serangan menggunakan sidejacking. Ianya hanya berfungsi apabila kedua-dua hackers dan mangsa berada dalam satu network wifi. Ianya melibatkan http:// (kurang pengetahuan dalam isu ini, maaf)



6- Godam facebook melalui handphone
Sekarang ni kebanyakan manusia sejagat mempunyai akses facebook menggunakan handphone. Hackers akan menggunakan beberapa jenis software untuk mendapatkan akses facebook mangsa melalui handphone.
Antara tool yang digunankan dalam kaedah ini adalah seperti mobile spy.



7- Sniffing
Kaedah sniffing adalah kaedah yang paling best jika kita berjaya dalam sniffing. Aku ada pengalaman sikit dalam sniffing ni. Manis rasanya kejayaan itu. haha Sniffing ni berlaku dalam satu rangkaian network dimana hackers akan berada dalam network mangsa dan akan sniff aktiviti yang berlaku dalam rangkaian mangsa. Apa yang mangsa browse akan dapat dikesan oleh hackers. Berhati-hati dalam network wifi anda!!!


8-Usb Stealer
Kaedah ini pada pendapat aku mungkin berlaku pada teman-teman rapat kita. Hackers hanya perlu memasukkan usb stealer pada laptop anda dan seterusnya dia akan klik satu application sahaja. Semua id dan kata laluan yang terdapat dalam pc anda akan disedut


9-Man in the Middle 
Dalam kaedah Man in the Middle ni, hackers akan berada dalam satu rangkaian network dimana hackers akan menempatkan dirinya dalam network tersebut sebagai orang tengah. Segala traffic lalu-lalang akan melalui MiTM ni, maka secara automatiklah hackers akan tahu segala activity yang berlaku dalam network tersebut. Kaedah ini dijalankan dalam network yang berasaskan suis dalam satu rangkaian yang sama.


Thank You for Read

Perhatian : Menyalin atau mengeluarkan semula artikel ini adalah dilarang sama sekali dan akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku pada sesiapa yang terlibat.












No comments:

Post a Comment