scrolling text

Selamat datang ke blog HackingSoftware41. Selamat membaca. Jangan lupa lawati www.jomgegar.com jumpa anda disana

ads

loading...

Sunday, August 4, 2013

[TuT] Cara-cara bagaimana nak mencegah hackers dari mencuri kata laluan dan akaun anda menggunakan KeyScrambler / How to Prevent hackers from steal your password and account using KeyScrambler



Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian apa khabar korang semua? bagaimana persiapan raya tahun 2013 korang? Masjed Jamek tetap akan sibuk time raya ni. Aku rasa terpanggil kali ini untuk membuat entry terbaru ni apabila ramai kawan-kawanku kat dunia luar sana asyik kena hack je facebook, banyak yang tanya bagaimana nak dapatkan semula facebook, akaun-akaun yang telah kena hack. Aduh-aduh, nak dapatkan balik facebook susah sikit tapi sebelum kena hack baik kita lakukan pencegahan dari akaun kita di HAck oleh abam-abam hackers kita. hehe. Sabar-sabar dugaan tu.. Berdasarkan tajuk diatas, aku akan ajarkan korang bagaimana nak cegah hackers dari ambik akaun hak milik orang lain. Senang je dengan hanya crypt setiap perkataan yang korang taip pada device masing-masing. Software yang korang perlukan hanya lah Keyscrambler je. Download free je. Ia berfungsi untuk mengubah setiap huruf yang kita taip pada laptop atau komputer kita ni. Kebanyakan kerja-kerja hackers ni, dorang pasang keylogger pada laptop mangsa, macam mana depa pasang? haha mangsa yang telah terkena virus keylogger ni kebanyakan nya adalah dari gejala klik-klik link yang ntah apa-apa yang terdapat dalam ruangan sosial. Mangsa akan mudah terkena virus ni kerana hackers telah mencipta virus yang tidak dapat dikesan oleh anti-virus. Korang boleh download keyscrambler kat sini > http://ge.tt/3fbwOyn/v/0?c .Setelah korang dah install korang harus menggunakan browser Firefox, sebab ianya berkesan pada Firefox sahaja. Download Firefox kat sini > http://www.filehippo.com/download_firefox/download/2825b01de8b3b29340f6ec22605425f2/




Korang tengok gambar kat atas ni, itulah fungsi KeyScrambler ni. So, hackers akan rabun mata sikit la untuk dapatkan kata laluan korang walaupun dia telah berjaya takluki laptop atau pc korang tu k. Pasang jangan tak pasang ye. Bawah ni ada sedikit gambar yang menunjukkan kaedah yang hackers buat untuk curi password



Cer korang tengok gambar atas ni, macam ni lah salah satu cara hackers dapatkan kata laluan dan id korang. hehe .. Ok sekian sahaja bicara aku untuk topik ini ye. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya AIdilfitri kali yang ke 25 bagi diriku hehe.




Jom-jom balik kampung, jumpa kat atas highway jap g k.


No comments:

Post a Comment